Monday, November 12, 2007

Reformasi Ke Atas Pilihanraya Umum Di Malaysia Adalah Sesuatu Yang Wajid Dilakukan

YABhg. Tun Dr. Mahathir kalah dalam pemilihan perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO dalam tahun 2006 di Bahagian Kubang Pasu, Kedah. Saya dapat bayangkan betapa kecewanya YABhg. Tun dengan kejadian ini. Berdasarkan kenyataan YABhg. Tun, ada sebab untuk mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan dalam pemilihan ini berdasarkan maklumat-maklumat yang YABhg. Tun terima.

Saya cukup percaya bahawa berlakunya penyelewengan dalam Pilihanraya Umum juga. Sebagaimana berlakunya penyelewengan dalam pemilihan UMNO bahagian Kubang Pasu bagi memilih wakil ke Perhimpunan Agong UMNO.

Reformasi ini adalah perkara yang wajib dilaksanakan. Memohon mengadap Ke Bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong adalah jauh lebih berhemah berbanding mengangkat senjata bergerak seperti pasukan pemisah berbunuhan sesama Islam bagi menuntut keadilan.

Saturday, November 10, 2007

Orang-orang Baik Mesti Kerja Kuat Dan Bersatu Macam Apa Yang Pernah Rasulullah Buat!

Kita sentiasa kena tipu tiap-tiap hari oleh pemimpin kita sendiri kerana kita orang yang baik-baik ini tidak buat kerja bersungguh-sungguh serta bersatu. Sebab itu pemimpin yang jahat akan terus berkuasa.

Kita perlu salahkan kita sendiri ke atas apa yang telah, sedang dan akan berlaku ke atas kita and generasi akan datang. Usaha kita terlalu kecil untuk mengeluarkan hasil yang lebih hebat. Untuk mendapatkan hasil yang hebat, kita mesti mengusahakan sesuatu dengan hebat juga.

Ini posting saya dalam blog Yang Berbahagia Dato' Ron (Kuda Kepang) dan Dato' A Kadir Jasin:

"
Assalamu'alaikum Dato'
Kali ini baru nampak sedikit org2 baik membuat kerja dgn lebih baik dan bersepakat lagi berdasarkan peristiwa bersejarah iaitu Perhimpuan 10 November 2007 di KL.

Kita sentiasa dipermainkan oleh pemimpin2 kerana:

1. Orang2 yang baik2 ini tidak minat langsung untuk terlibat dalam politik kepimpinan negara; atau
2. Jika mereka terlibat dalam kepimpinan negara, mereka akan terlibat setengah jalan sahaja kerana mereka fikir politik ini kotor; atau
3. Jika mereka terlibat secara tetap, mereka akan jadi jahat juga kemudian hari seperti org2 yang sedia jahat dalam kepepimpinan; atau
4. Jika mereka tetap jadi baik setelah jadi pemimpin, mereka ini tak ramai. Jesteru itu mereka ini lemah dan senang dipancong oleh penjahat2 yang sedia ada di dalam kepimpinan negara.

Penjahat akan kuat bila orang-orang baik ini lemah. Penjahat yang kuat bekerja serta kuat muafakat akan mengatasi orang-orang baik yang tidak kuat bekerja serta bergerak secara bersendirian. Orang-orang jahat akan jadi pemimpin bila orang-orang baik tidak mahu terlibat dalam politik. Pemimpin yang jahat akan jadi lebih berani bila jumlah mereka lebih ramai dari pemimpin yang baik yang sedikit jumlah bilangannya.

Ingatlah wahai orang-orang yang baik, bila tak ada lagi org2 baik ini dalam kepimpinan negara, maka kekosongan mereka ini akan diisi dan akan sentiasa diisi oleh perompak, penyamun dan pengkhianat negara.

Moga-moga orang-orang yang baik ini akan bertambah lebih ramai lagi serta kuat bekerja dan bermuafakat. Moga-moga dengan jumlah orang-orang baik ini yang ramai, rajin dan bersatu akan menyebabkan:
1. Penjahat-penjahat ini akan jadi takut untuk melakukan kejahatan.
2. Mendorong penjahat-penjahat ini akan jadi lebih baik.
3. Mendorong penjahat-penjahat yang dahulunya baik supaya kembali ke pangkal jalan.
4. Mendorong pemimpin-pemimpin yang sedia baik agar terus menerus jadi baik, insya' Allah.

Sekian, wassalamu'alaikum warahmatullah."


Saya tabik kepada pemimpin-pemimpin yang baik-baik ini yang bangkit untuk memperbetulkan keadaan. Cuma kita perlukan lebih ramai lagi orang yang baik-baik untuk turut serta.

Sekian, wassalamu'alaikum warahmatullah.

Tabik Hormat Kepada Para Pejuang di Perhimpunan Nov. 10 ke Istana Negara!

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah serta ahli keluarga dan sahabat baginda.

Saya merasa bangga dan kagum dengan semangat dedikasi serta keberanian para penganjur dan orang ramai dalam memastikan perhimpunan bersejarah ini menjadi kenyataan.

Semoga ini akan memberi peransang kepada orang ramai yang lain untuk lebih sedar betapa perlu menunjukkan hasrat hati kita kepada pemimpin negara yang mengecewakan kita.

Sekian, wassalamu'alaikum warahmatullah.